Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 25 Mac 2012

Bersahabat Sampai Ke Syurga

Alhamdulillah lama sudah saya tidak keluarkan artikel di laman ini.. Barangkali mungkin sibuk dengan finalexam baru-baru ini.. Insyallah artikel kali ini akan saya bawakan tajuk berkenaan dengan sahabat, sebab itu di zaman Nabi S.A.W sendiri amat mengambil berat akan kehidupan sahabat-sahabat baginda... Moga sedikit sebanyak yang dikongsi dapat kita sama-sama kenal dengan lebih dekat rakan taulan sekeliling kita..


Rasulullah s.a.w bersabda : "Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat"
(riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)

Sering pasangan yang bercinta melafazkan "bercinta biar sampai syurga" yang membawa makna cinta biar sampai ke akhir hayat.. Tidak menjadi salah sekiranya saya melafazkan "bersahabat biar sampai ke syurga".. Dua ungkapan yang berbeza namun membawa objektif yang sama iaitu bercinta dan bersahabat untuk selamanya.. Namun apakah lafaz cinta itu sehebat mahupun setanding dengan lafaz sahabat ..???Jika kita menilai kembali panduan bersahabat yang ditetapkan oleh syariat sudah pasti kemanisan dalam persahabatan itu lebih indah ..Sebab itu, Nabi s.a.w bersabda : Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" ..

Islam telah menggarsikan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempereratkan ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh.. Sabda Rasulullah s.a.w : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan di terima oleh Allah s.w.t - (riwayat Muslim).. Sudah terang lagi nyata berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w telah memperlihatkan bertapa Islam amat menitikberatkan soal persahabatan agar kemanisan iman itu dapat dirasai dan dikongsi sesama mereka..

Sejujurnya, dalam hidup didunia ini kita harus bijak dalam mencari kawan untuk dijadikan sahabat .. Opss ! ada beza ke rakan dengan sahabat..?? Lihat saja pada sebutannya sudah tentu ada perbezaan, kawan disini bermaksud seseorang yang berada bersama-sama pergaulan sehari-hari. Bagi sahabat pula bermaksud merupakan golongan yang paling rapat dengan kita, serba serbi berkaitan kita diketahui. Sudah tentu bukan mudah untuk kita mencari sahabat yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai ..Oleh kerana itu, panduan dari ayat quran dan hadis dapat membantu kita untuk mencari sahabat yang benar-benar memiliki keimanan dan ketaqwaan dalam bersahabat demi Allah s.w.t .

Sahabat yang baik akan sentiasa bersama dengan kita walau dalam apa cara sekali. Segala suka duka dikongsi bersama untuk mengurangkan bebanan yang menimpa.. "Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh sebab itu, untuk bersihkan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - (Prof.Hamka)

Akhirnya, dalam usaha memantapkan akidah ummat perlulah kita bermula dari bawah, gejala sosial yang sering menimpa golongan ummat akhir zaman ini terutama golongan muda semuanya berkait rapat dengan perhubungan persahabatan, pilihan kini di tangan anda.. Mengikut rakan yang baik sudah pasti kita akan terpanah dengan kebaikan yang dibawa olehnya, namun jika sebaliknya sudah pasti juga kita terperangkap dalam keburukkan yang di pamerkan oleh rakan-rakan yang tidak bermoral. Persahabatan itu akan indah jika diselarikan dengan kehendak Islam namun harus beringat perpisahan pasti terjadi jua akhirnya.. "Bila mana dua orang yang berjumpa dan berkasih serta berpisah kerana Allah s.w.t" sudah pasti termasuk dalam 7 golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang mendapat perlindungan dari Allah s.w.t di akhirat kelak. Bersahabatlah samapai ke syurga, moga Allah s.w.t berkati ikatan suci yang telah dibina demi mendapat ganjaran syurga ....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...