Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ramadhan al-Mubarak

Ahlan wasahlan ya ramadhan ,maka bergembiralah bagi orang yang beriman akan kedatangan bulan yang mulia iaitu Ramadhan al-karim.Sesungguhnya didalam bulan yang mulia ini menghimpunkan kita dengan perkara-perkara kebaikan denga erti kata yang lain seluruh pintu taubat di buka manakala pintu neraka ditutup bersama syaitan-syaitan yang menggangu umat Muhammad S.A.W.Oleh itu,marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T di atas kurniaan bulan yang mulia ini di mana ianya hadir setahun hanya sekali.Demikian itu terdapat pelbagai himpunan ayat quran dan hadis-hadis menyebut berkenaan puasa.

Seharusnya kita mengambil pendekatan di bulan Ramadhan ini dengan meninggalkan segala perkara yang tidak berfaedah yang ada dalam diri kita,maka hiasilah diri dengan amalan kebaikkan pada bulan ini sebagai latihan untuk kita terus istiqomah dalam bulan-bulan akan datang.Sangat rugi bagi seorang mukmin apabila menjadikan bulan Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan yang lain, di mana mereka tidak peduli akan dosa dan pahala, sering melakukan perkara-perkara mendatangkan dosa ,pada luarannya mereka ini turut berpuasa tetapi dalamanya sudah tidak ada kualiti.Maka sebab itu Allah S.W.T menambahkan pada golongan ini supaya berada dalam kelalaian.Apa kita mahu menyalahkan takdir mahupun syaitan-syaitan yang berkeliaran?.Jelas sudah pada bulan mulia ini syaitan-syaitan telah pun digari segala gerak geri mereka dari menggangu umat manusia melakukan amal ibadah dalam bulan Ramadhan.Akan tetapi manusia sering lupa bahawa diri mereka di kuasai oleh nafsu diri, kerana itu pada bulan semulia ini juga mereka gagal dalam memberi impak perubahan dalam diri.Hanya disebabkan nafsu rosak diri yang ingin dibentuk sebaik budi pekerti,oleh itu diingatkan biarlah kita yang mengawal bafsu ini agar segala pergerakan harian kita lebih dekat dengan Allah S.W.T tetapi jika sebaliknya berlaku maka berterusan kita dalam melakukan dosa.

Ramadhan ini juga mengajar kita untuk lebih bersabar dalam apa jua keadaan, ini jelas melalui sabda baginda 

Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari

Kita telah diajar oleh junjungan besar Rasulullah S.A.W supaya bagi orang-orang yang berpuasa hendaklah berkata perkataan yang sebaik-baik perkataan dan menjauhi segala perkataan yang keji,
di samping itu juga, bagi diri kita hendaklah menerapkan nilai kesabaran dalam diri, bermula bulan Ramadhan ini kita dilatih untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar,hasilnya untuk bulan-bulan yang mendatang sudah pasti kita semua mampu untuk melakukan perkara yang sama seperti bulan Ramadhan.

Kesimpulannya, jelas bagi kita untuk orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan ini memberikan suatu nikmat yang amat berbeza sekali, dengan limpahan rahmat dan ganjaran yang lumayan dari Allah S.W.T ini menaikkan lagi semangat kita dalam beribadat kepada Allah S.W.T.Sebab itu kita digalakkan supaya melalui bulan Ramadhan ini dengan jiwa yang tenang dan sentiasa berlumba-lumba dalam mencari keberkatan dan nikmat Ramadahn.Sesungguhnya amat rugilah bagi golongan yang menderhakai perintah Allah.S.W.T..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...