Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 Februari 2013

Mendaki Bukit Broga

Salam warga pembaca... Rasa aQ lama dah tak update cerita-cerita baru, last pun tahun lepas kot... Tapi tak apa ini kalilah aQ bawak masuk entry baru yang freshnya masih lagi aQ rasa sampai hari ini...Ha! untuk kali ni aQ nak cerita lah sikit-sikit ekspidisi bersama kawan-kawan aQ yang brutal semua ni ke Bukit Broga baru-baru ni... Al-kisah bermula jeng..jeng..jeng...

Sembang si Zamri nak gerak esok pagi jam 5.00am dia cakap ngn aQ malam tu, last2 gerak dari college jam 5.30am sapa punya hal lambat kalau bukan aQ...HAHA.. 4 misscall dari Muiz dan Akmal sebab nk kejutkan aQ la konon, sudahnya datang si Pian ngn Syafiq serang bilik aQ tingkat 10.. Dah jorang gegau bilik aQ pagi-pagi akhirnya bangun gak la terus kelam kabut siap siaga untuk ke Semenyih...

matahari nk keluar tu..
Dari college kami ni nak ke Broga kira-kira 20minit jugak lah, maklumlah dekat jer, yang jadi payahnya nk bangun pagi nk henjut ke destinasi tu jadi masalah.. Kami gerak sana dengan 2 buah kereta sebijik Syakir payung, sebijik lg Sani bg pinjam sb die tak pergi busy konon ngn Koko die, tp xpe aQ faham org repeat memang mcm tu, HOHO..


So, tgk semua dh ready je tgu apa lg jom kite! Pergi Broga aQ naik keta si Sani, ad dalam tu 5 org termasuk driver nakal Pa'Jan. Kau ty asal aQ pgl die nakal..?yela die ni ad je benda nk buat "pelaq" sepanjng destinasi, dh mcm duduk kt Maharaja Lawak aQ rse.. KAH-KAH.. 

Opppssss benti! rupanya terlajak sikit simpang nk msk paking Broga, Pa'Jan pun U-tern balik masuk paking... Ingat FREE je paking ni, alih2 kena bayar RM2.00 paking, klu paking b'TAR tak pe le jugk ni b'SAWIT b'DEBU b'BATU.. Keta Syakir kena dh RM2.00, keta yg aQ naik kami main kotor ckit, tgh si amoi buncit tu kutip duit paking, kami mencilok-cilok dalam kebun sawit tu mcm naik pajero punya nak elak xmau byr duit paking.. Akhirnya masuk FREE beb!!!Aq ulang FREE wei!!!

So, dh pun sampai, korg nak tau ..? sblm mendaki bukit tu ad la org cina jual lampu toslight harganya ad RM8, RM10, RM20 tujuan utk mudahkn kita naik bukit dlm keadaan gelap, datang si Zamri ni lagak mcm nk beli ty sgl bagai alih2 die b'lari cm kne kejau hantu, pastu gelak2, rupanya die balas toslight amoi tu... Hantu betol perangai "mak li" ni...

Semua muka excited nk daki bukit, expidisi kami bermula dengan 10 org jejaka yang bajet kuat kaki masing2, HEHE... 
10 org berada di puncak Broga.. yeah!

Tengah mendaki bukit dengar azan subuh dh d'alunkan berhampiran kg.berdekatan, jam 6.30am di satu puncak tinggal aQ, Pian, Muizz, Syakir dan Zamri shj bersegera kami nk solat... Time tu pun ad yang nk ngelak suruh solat sekali banyak alasan yg berbunyi "hangpa solat dulu la, aQ pening kepala la rasa nk muntah ja ni"..... Aq dgn slumber ishhh hang ni, cpt2 amik ni air botoi wt wudu' dan2 die bg alasan "tgn kotoq la", arghhh! aQ sound balik, xp boleh la basuh ngn air ni...Sampai part basuh tgn die gosok2 kt jari jemari je tanpa gosok ke siku, Pian bersuara "hoi hang gosokla ayaq tu sampai siku, awat xpnh amik wudu' ka..?" (kan dh knw)... kawan aQ sorg ni pun senyum2 kambing pulk, solat di imamkan Muizz... Lg 4 org dh berdesup ats puncak, jorg solat di nun sana tinggal kami berlima di bwh sikit ni... 

riang terlebih
Eh ckp pergi 10 org, mana pergi lg sorg..? jatuh gaung ke..? HA! ni aQ nk habaq la lg sorg tu mse smpi satu check point die baring2 ats batu rehat jp alih2 terus tido lama x lama 30minit gk la die balun, smp sempat buat taik mata kt ats batu tu, ---- as-salammualikum warahmatullah..... solat subuh dh selesai, tup2 nmpk Alip (lelaki yg buat taik mata selama 30minit) muncul di hadapan kami berlima...HAHA.. Baru smpi mamat ni setelah lena di buai angin yg kuat lg nyaman udaranya"

Jam 7.00am, 8 org sudh berada di pucak Bukit Broga yang diketuai oleh Abg Abid berbaju singlet merah ni, HEHE ...


Mana pergi lg 2 org..??2 org lg mamat yg x cukup POWER tu ad bwah sikit dr puncak Broga yg di ketuai Pian dan pengikutnya aQ sdr!!! aQ xbohong la, xlarat aQ nk daki lbh kurg 1kilo puncak Broga tu, body aQ ni rase mcm dh hilang aura utk naik atas tu, kena tinggal pun xp la janji smpi ke Broga gk kan..

mat hindustan :)

Jam 7.45am dh puas tengok matahari naik segala bagai, kami 10 org turun semula, smp satu check point nk trn AIK! mana jorg ni..?? tinggal aQ ngn Syafiq je..??runsing2 tgu punya lah tgu, x bole jd ni, aQ kol Pian... Cringgggggggggggggggggg.... wei hangpa smua dok kt mana..??Pian ckp: La kami smua dh ad kt bwh ni... Mak ai guna jurus ninja ap jorg berlapan ni, nk naik punya lambt dh trn mcm 30second je...


Last kali semua berjumpa balik, alhamdulillah expidisi naik Bukit Broga sukses!!! Kami klua dari situ kira-kira jam 8.30 kottt... 

Klu ikutkan tak habis lg aQ nk cerita ni, blom lg bab kami sarapan, trs ke Sg.Gabai, Tanah Runtuh, Sg.Tekala, Zamri drive BERBAHAYA!!! tp gua x larat utk semua tu.. Asal ad ni boleh la jd kenangan utk semua yang ad yea ... B-E-R-S-A-M-B-U-N-.....



"Aq bagi sikit dalam ni buah tgn dr Bukit Broga" !


#1
#2
dh knp kau ni... ? #3
#4



Rabu, 26 September 2012

Selamat Maju Jaya


kawan-kawan .......السلام عليكم
Moga anda sekalian berada dalam rahmat dan kasih Allah s.w.t ...Mudah-mudahan jua anda berada dalam kesihatan yang baik sebagai persedian untuk menghadapi finalexam kali ini .

Oh yea, sedar atau tak kita berada pada tahun akhir dalam semester 5, wow macam baru semalam aje kita semua berkenal-kenalan, namun apa daya itulah putaran masa semakin hari semakin mendekati kita, hampir 2 tahun lebih sudah persahabatan yang terjalin dalam Syariah B erk.. Tp tidak bg kwn kita sorg ni "ALI" haha ..

Ok lah sebenarnya hanya nak mengucapkan selamat maju jaya pada semua teman-teman kelas-ku yang akan bersama-sama kita menduduki finalexam yang akan bermula pada 4 Oktober. Mudah-mudah la kita semua ini berjaya bersama-sama macam mana yang sahabat kita buat pada semester lepas "Nana" jelas nya aku dengan pointer dia. (HAHA).. Jeles untuk ilmu tidak mengapa sebenarnya, disebabkan itu kita akn rasa lebih semangat untuk dapat mcm mana yang dia dpt. So, istilah lebih tepat KITA SEMUA BOLEH! . Tapi.....asal ekonomi islam payah nau r..??korang rase tak apa yang aku tgh rasa sekarang nie..??Sangat mengusarkan pula bagi aku.. Org kata la, kau buat tak tau je, study je apa yang perlu dan seterusnya percaya yang kau boleh buat punya.. YES! i can do it! (poyo je speaking cm MUET B4) :(.. Jadinya nak bagi tau ekonomi ni memang payah la, nk buat macam mana dah ini yang perlu kita lalui, sama-sama lah kita fokus lebih sikit pada E.I ...urmmm...

Akhirnya, nk mtk maaf pd semua kalau ad salah dan silap spjng perkenalan, bukan manusia namanya kalau tak ada salah dan silap" yang paling penting kome maafkn tau :)... Sebab Nabi s.a.w kita pun sudi memaafkn ummatnya ...

*owh sebelum aku trlupa bah, selamat maju jaya juga pd pengkhianat kelas kita "SANI KHASH" HAHA.. Jgn mara na ...

"bittaufiqwannajah" 
*aq men tulis je,xtau mkne :)
Sekian,
bardrulzahari

Selasa, 14 Ogos 2012

PERUTUSAN SALAM LEBARAN

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar'walillahilham.... 

Salam lebaran buat semua ummat Islam terutamanya Malaysia, tidak lupa juga salam lebaran buat semua ummat Islam dunia lebih-lebih lagi kepada ummat Islam Syria, Rohingya, Palestin, dan seluruhnya moga berbahagia hendaknya di 1 Syawal bakal menjelma. Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita semua, harap-harap tahun hadapan ketemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Moga Allah S.W.T memakbulkan permintaan setiap insan yang menginginkan dirinya bertemu kembali dengan Ramadhan depan.

Alhamdulillah perutusan ini saya sampaikan buat semua kenalan dan taulan, dari hati yang tulus mengucapkan "Salam Aidilfitri & Salam Kemenangan" kepada anda semua. Sesungguhnya marilah kita bersyukur dan bergembira dengan kejayaan menempuh Ramadhan dengan penuh kenikmatan dan serba sederhana kepada  Allah S.W.T, disebalik kesukaran Ramadhan itu Allah datangkan Syawal untuk kita semua bersuka-ria dengan kadar yang diperintahkan oleh Islam. 

Sudah menjadi adat orang Melayu saling bermaaf-maafan di pagi Syawal sebagai tanda menghapuskan dosa sesama manusia, namun perlu diambil kira menjadi ajaran Islam apabila kita melakukan kesalahan hendaklah bersegera meminta maaf kepada yang berhak memaafkan dan bukan hanya menunggu tiba hari raya sahaja, takut-takut kita akan terlambat pula untuk minta maaf disebabkan kematian si pemaaf atau kita sendiri lebih dulu pergi menghadap illahi. Selain itu, perlu diambil kira dengan dosa kita terhadap kelalaian  dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, justeru memohon kemaafan kepada Allah ta'ala perlulah disegerakan bagi menjaga pula hubungan kita dengan sang pencipta.

Islam memerintahkan agar kita menziarahi saudara mara, jiran tetangga, serta rakan taulan bagi mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahaim, ambil lah peluang di hari lebaran ini untuk berkunjung-kunjungan supaya menampakkan persaudaraan dalam Islam itu sangat menguntungkan kedua belah pihak. Hakikatnya manusia ini sangat perlu kepada persaudaraan untuk membantu antara satu sama lain.

Kesimpulan, dalam kegembiraan kita jangan dilupa kepada saudara kita yang telah pergi meninggalkan dunia, rakamkan doa serta al-fatiha moga-moga Allah merahmati akan si mati, diingatkan juga dalam kita bergembira sudah pasti ada insan yang tidak mempunyai nasib seperti kita terutamanya ummat Islam di luar sana seperti Syria, Rohingya, Palestin, dan negara Islam lain, peperangan mereka itu menentukan kehidupan mereka kelak. Sebagai saudara seagama seummat dengan Muhammad S.A.W marilah kita mendoakan kejayaan dan keselamatan saudara-saudara kita yang sedang menanggung derita akibat dari penganiayaan manusia yang tidak bertamadun .

Akhir kalam, saya memohon keampunan pada Allah S.W.T diatas apa jua kesilapan masa lalu serta mohon maaf kepada kedua ibu bapa yang membesarkan ,sanak saudara yang dicintai, guru-guru yang mendidik, sahabat andai yang dikasihi, rakan-taulan yang disayangi, serta semua insan yang dikenali dan mengenali ...
Kesempatan ini saya ucapkan ''SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" buat semua ummat Islam seluruh pelusuk dunia ! 

-badrulhisyamzahari-

Selasa, 8 Mei 2012

Kisah Negatif Kehidupan Remaja

Kisah ini berdasarkan cerita sebenar oleh Aiq (bukan nama sebenar),cukup menyedihkan berdasarkan pengakuan sambil dalam keasyikan Apiq bercerita pada saya kisah 2 malam yang durjana telah berlaku...

Cukup saya terkejut dan agak terkilan tatkala dia dan rakan-rakannya berumur sekitar bwh 20-an sudah mula berjinak-jinak melayani nafsu seks mereka bersama pelacur!! Sekitar jam 11.00 pagi cerita dimulakan apabila dia (Aiq) dan beberapa orang rakan lain telah pergi mengambil seorang pelacur di sekitar Sunway lewat tengah malam baru-baru ini. Kisah dimaklumkan apabila mereka bersahaja pergi berjumpa pelacur yang dikehendaki dan membawanya pulang ke Puchong seterusnya memuaskan nafsu masing-masing secara bergilir-gilir di salah sebuah taman permainan yang agak suram dan kelam persekitarannya.

Apa yang membuatkan saya terkejut,bagaimana usia seawal mereka sudah berfikiran sebegitu rupa, mana pergi maruah mereka sebagai seorang yang beragama Islam. Sudah pasti, ini bukan kali pertama gejala sosial ini dilakukan oleh mereka dan saya cukup yakin berdasarkan cerita yang cuba Aiq ingin sampaikan.

Sebagai seorang rakan kerja saya mampu memberi teguran dan nasihat bahawa perkara yang dilarang agama wajib sudah kita tinggalkan dan kita perlu tahu akibat dari perbuatan itu apa balasannya di akhirat kelak,jangan cakap di akhirat, di dunia juga berkemungkinan besar mendapat balasan seperti penyakit HIV yang bakal menimpa diri mereka. Kita tidak tahu dimana punca utama, seperti orang mati kita ingin tahu apa punca kematianya, begitu juga dalam kes-kes besar ini, kita ingin tahu apa punca utama yang mendorong remaja bawah umur ini melakukan perkara di luar tabi'.  

Sesungguhnya suka ingin saya ingatkan diri sendiri sebelum kematian menjemput bersegeralah kita bertaubat sebanyak yang mungkin, kita yakin dan pasti bahawa janji-janji Allah terhadap golongan yang ingkar akan suruhannya pasti di timpa azab kelak. Oleh itu, dalam kehidupan ini perlu diingatkan dua perkara pertama  sebagai manusia yang lahir mempunyai kedua orang tua kita membawa maruah mak dan ayah setiap tindak tanduk kita sering di perhatikan oleh orang sekeliling, saya yakin sudah pasti perkara yang baik atau buruk kita lakukan sering dibualkan oleh masyarakat terhadap apa yang kita kerjakan. Kedua bijak memilih kawan juga merupakan salah satu faktor yang sangat penting, pilih lah rakan-rakan yang mampu membawa kita ke lembah yang baik dari lembah yang kotor`sebelum terlambat segeralah kita semua menginsafi diri sendiri ,....


Rabu, 18 April 2012

Biografi Ringkas Al-Habib Umar Bin Hafizd

Habib Umar bin Hafizd
Al-Alamah Habib Umar Bin Hafizd dilahirkan di Tarim, Yaman pada 4 Muharram 1383 Hijrah (27 Mei 1963). Kota Tarim khususnya dan negeri Hadramawat secara amnya terkenal sebagai sebuah tempat yang paling ramai melahirkan para ulama dan auliya'. Di bumi ini juga bersemadinya cucu cicit daripada keturunan Rasulullah s.a.w dan yang pertama dilaporkan sampai bumi tersebut adalah Saidina Isa Bin Ahmad Al-Muhajir.

Daripada zuriat Saidina Isa Al-Muhajir inilah kemudiannya lahir alim-ulama yang terkenal dan mashur di serata dunia dengan ilmu dalam pelbagai bidang seperti Fiqh, Usuluddin, Hadith, Tassawuf, Nahu, dan lain-lain lagi. Sanad ilmu mereka ksemuanya bersandarkan daripada apa yang disampaikan dan diberitahu oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Adapun metode pengajaran dan penyebaran Islam yang dibawa oleh para ulama daripada Tarim ini dikenali sebagai Thariqah Al-Alawiyyah, dimana ianya berpaksikan ilmu, amal, wara', khauf, dan ikhlas. Ini merupakan persyaratan yang harus dipelajari dan mesti menjadi pegangan mereka. Kesan daripada tarbiyyah Thariqah Al-Alawiyyah inilah, agama Islam berjaya dikembangkan dan disebarkan bersandarkan prinsip wasathiyyah, di wilayah-wilayah di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Langka,  Pantai Timur Afrika dan lainnya.

Tradisi keilmuan di bumi Tarim ini kini, diteruskan sehingga hari ini oleh generasi mutakhir, antaranya adalah Adda'ie Al-Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafizd. Beliau telah banyak menimba ilmu daripada pelbagai ulama di dalam pelbagai bidang ilmu Islam dan antara guru beliau yang utama ialah bapa beliau sendiri iaitu Assyahid Habib Muhammad Bin Salim, bapa mertua beliau Al-Habib Muhammad Al-Haddar dan Habib Salim Bin Abdullah al-Shathry. Bermula pada tahun 1402 Hijrah (1982 M) beliau berulang alik ke Makkah untuk menimba ilmu dan tarbiyah daripada Imam al-Arif Habib Abdul Qadir Bin Ahmad al-Saqqaf, Habib Ahmad Bin Taha al-Haddad, Habib Abi Bakar al-Athas Bin Abdullah al-Habsyi. Seterusnya, beliau menerima ijazah al-Asanid daripada al-Musnid Syeikh Muhammad Yassin al-Fadany, dan Muhadthis Sayyid Muhammad Bin Alawi al-Maliki dan para ulama lain.

Di samping beliau menimba ilmu, beliau mula melaksanakan tugas sebagai pendakwah seawal usia 15 tahun. Dan pada tahun 1994, sekembalinya ke bumi Tarim, beliau telah menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang dikenali sebagai Darul Mustaffa. Kini institut tersebut telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dan hebat di dalam ilmu-ilmu Islam antaranya Hadith, Tafsir al-Quran dan lain-lain. Ditambah dengan pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar Mesir, Institut ini semakin dekenali oleh dunia sehingga mempunyai pelajar daripada pelbagai pelusok dunia antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Mesir, Afrika, Eropah, Pakistan, Austarlia, dan lain-lain.

Namun, di dalam kesibukan beliau mengurus dan membimbing pelajarnya, beliau masih lagi berkesempatan di dalam melaksanakan dakwahnya. Kini dakwah beliau bukan lagi berpusat di Tarim, tetapi seluruh dunia. Antara tempat yang sering dikunjungi beliau hampir setiap tahun ialah Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Sri Langka, Mesir, negara-negara Eropah termasuk Eropah timur, Amerika Syarikat, Kanada, India, Pakistan dan Afrika.

Beliau telah dipilih dan menduduki ranking 37 bagi tokoh muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims, dan kedudukan yang ke 33 dari 100 Most Influential People In The World Today oleh Majalah Forbes. Manakala Majalah Times pula memilih beliau sebagai manusia yang ke 35 paling berpengaruh didunia (100 Most influential person 2011). 

Ahad, 25 Mac 2012

Bersahabat Sampai Ke Syurga

Alhamdulillah lama sudah saya tidak keluarkan artikel di laman ini.. Barangkali mungkin sibuk dengan finalexam baru-baru ini.. Insyallah artikel kali ini akan saya bawakan tajuk berkenaan dengan sahabat, sebab itu di zaman Nabi S.A.W sendiri amat mengambil berat akan kehidupan sahabat-sahabat baginda... Moga sedikit sebanyak yang dikongsi dapat kita sama-sama kenal dengan lebih dekat rakan taulan sekeliling kita..


Rasulullah s.a.w bersabda : "Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat"
(riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)

Sering pasangan yang bercinta melafazkan "bercinta biar sampai syurga" yang membawa makna cinta biar sampai ke akhir hayat.. Tidak menjadi salah sekiranya saya melafazkan "bersahabat biar sampai ke syurga".. Dua ungkapan yang berbeza namun membawa objektif yang sama iaitu bercinta dan bersahabat untuk selamanya.. Namun apakah lafaz cinta itu sehebat mahupun setanding dengan lafaz sahabat ..???Jika kita menilai kembali panduan bersahabat yang ditetapkan oleh syariat sudah pasti kemanisan dalam persahabatan itu lebih indah ..Sebab itu, Nabi s.a.w bersabda : Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" ..

Islam telah menggarsikan dasar-dasar dan cara yang positif dalam usaha mempereratkan ikatan cinta kasih dan roh ukhuwah. Jika dasar-dasar ini dipegang teguh oleh umat Islam, maka persaudaraan itu akan semakin kukuh.. Sabda Rasulullah s.a.w : "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan di terima oleh Allah s.w.t - (riwayat Muslim).. Sudah terang lagi nyata berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w telah memperlihatkan bertapa Islam amat menitikberatkan soal persahabatan agar kemanisan iman itu dapat dirasai dan dikongsi sesama mereka..

Sejujurnya, dalam hidup didunia ini kita harus bijak dalam mencari kawan untuk dijadikan sahabat .. Opss ! ada beza ke rakan dengan sahabat..?? Lihat saja pada sebutannya sudah tentu ada perbezaan, kawan disini bermaksud seseorang yang berada bersama-sama pergaulan sehari-hari. Bagi sahabat pula bermaksud merupakan golongan yang paling rapat dengan kita, serba serbi berkaitan kita diketahui. Sudah tentu bukan mudah untuk kita mencari sahabat yang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipercayai ..Oleh kerana itu, panduan dari ayat quran dan hadis dapat membantu kita untuk mencari sahabat yang benar-benar memiliki keimanan dan ketaqwaan dalam bersahabat demi Allah s.w.t .

Sahabat yang baik akan sentiasa bersama dengan kita walau dalam apa cara sekali. Segala suka duka dikongsi bersama untuk mengurangkan bebanan yang menimpa.. "Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh sebab itu, untuk bersihkan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya" - (Prof.Hamka)

Akhirnya, dalam usaha memantapkan akidah ummat perlulah kita bermula dari bawah, gejala sosial yang sering menimpa golongan ummat akhir zaman ini terutama golongan muda semuanya berkait rapat dengan perhubungan persahabatan, pilihan kini di tangan anda.. Mengikut rakan yang baik sudah pasti kita akan terpanah dengan kebaikan yang dibawa olehnya, namun jika sebaliknya sudah pasti juga kita terperangkap dalam keburukkan yang di pamerkan oleh rakan-rakan yang tidak bermoral. Persahabatan itu akan indah jika diselarikan dengan kehendak Islam namun harus beringat perpisahan pasti terjadi jua akhirnya.. "Bila mana dua orang yang berjumpa dan berkasih serta berpisah kerana Allah s.w.t" sudah pasti termasuk dalam 7 golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w yang mendapat perlindungan dari Allah s.w.t di akhirat kelak. Bersahabatlah samapai ke syurga, moga Allah s.w.t berkati ikatan suci yang telah dibina demi mendapat ganjaran syurga ....





Khamis, 19 Januari 2012

Kehidupan Remaja Melayu Kian Longlai


Dewasa kini memperlihatkan hilangnya kesopanan tatasusila anak-anak melayu khususnya golongan remaja. Inilah bencana besar yang perlu dihadapi oleh semua pihak dalam era globalisasi masa kini. Tewasnya jiwa dan raga golongan ini pada kemashuran teknologi-teknologi kuasa asing sehingga membuatkan diri mereka menjadi lupa daratan bahawasanya mereka adalah ikon yang akan mentadbir negara Malaysia pada masa depan. Kemusnahan ini telah dipertontonkan bertapa semua pihak harus memainkan peranan penting dalam membawa golongan seperti ini pulang ke landasan yang betul. Ketewasan mereka kepada kedatangan teknologi kuasa asing telah menjadikan golongan ini mudah terpengaruh di mana akhirnya menjerumuskan diri mereka ke dalam lembah kehancuran. Tahun 2011 sahaja statistik dikeluarkan bahawa hampir separuh golongan remaja berusia 12 tahun ke atas melakukan salah laku jenayah di bawah umur. Disebabkan itu kerajaan telah klasifikasikan kesalahan yang dilakukan oleh golongan ini perlu dipandang serius oleh semua pihak. Bahana teknologi maklumat yang dipelopori kuasa asing telah membawa mereka ke daerah yang jauh meyimpang dari ajaran Islam. Sebagai langkah mencegah, kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar baharu bagi menagani masalah berbangkit seperti bengkel mengendalikan komputer, program remaja nadi negara dan lain-lain. Sementara itu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), turut duduk semeja bagi membincangkan mekanisme lain untuk membanteras salah laku remaja ini. Antaranya juga memanjangkan waktu pengajian kelas fardu ain di setiap sekolah seluruh negara. Pada hemat saya, bahawasanya sekolah-sekolah seharusnya lebih efektif dalam menangani masalah ini. Sudah tiba masanya matapelajaran dakwah perlu dijadikan subjek penting kepada pelajar beragama Islam khususnya, ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada pembentukan akhlak dan jiwa yang mantap kepada golongan terbabit. 


Konklusinya, semua pihak harus mengambil bahagian dalam membanteras jenayah remaja yang kian menular, tujuanya hanyalah menyelamatkan akidah mereka dari tersasar jauh dalam ragam kehidupan dan membawa mereka kembali dalam kehidupan yang bercirikan Islam. Sudah pasti tenaga-tenaga muda amat diperlukan dalam menuju wawasan 2020 yang hanya berbaki beberapa tahun sahaja lagi. Semestinya remaja yang gagah dan pintar amat diperlukan oleh Islam dalam menerajui kepimpinan negara suatu hari nanti. Seterusnya memastikan nama Malaysia setanding kuasa asing dari segi ekonomi, pentadbiran, pendidikan, politik serta budaya yang baik untuk terus disegani oleh kuasa-kuasa barat terutamanya. Saya percaya ini semua bukan mudah untuk dicapai dan dibentuk, dan saya berkeyakinan bermula sekarang kita berganding bahu tiada yang mustahil untuk di jelmakan, seperti pepatah arab menyebut "bergerak ada berkat" dan jika niat yang baik itu sudah pasti Allah ta'ala merestui pekerjaan kita semua serta diberkati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...