Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Februari 2011

SALAH SATU PERANGAI ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG

Tuan Guru dihina & diaibkan oleh UMNO & BN. Gambar ini diambil sewaktu penamaan calon Merlimau pada 26 Febuari 2011. Betapa kurang ajarnya para penyokong UMNO & Barisan Nasional sehingga menghina ulama', samalah dengan sikap pimpinan mereka, ulama' dihina dan dicaci. 

Salam sejahtera semua,moga muslimin dan muslimat kali ni sihat semuanya.Di sini saya nk kongsikan satu daripada sikap buruk yang tidak perlu dicontohi oleh mana-mana individu pun.Gambar ini diposkan di FB saya ,lihat lah sendiri muslimin dan muslimat,ulama itu satu daripada wasiat yang ditinggalkan nabi malahan ia juga hamba Allah yang terpilih untuk membawa kebenaran dalam Islam.

Hakikat hari ini saya lihat seolah-olah mereka ini ilmunya tinggi mengalahkan seorang ulama,sehingga sanggup mengaibkan gambar seorang ulama bukan sahaja di Malaysia malahan nusantara.Kita di sini ingin ingat memperingati supaya gejala seperti ini tidak seharusnya berlaku semasa berkempen pilihan raya kecil mahupun apa-apa bentuk program sekalipun.Lebih-legih lagi gambar ini dibawa oleh dua orang pemuda.

Ini akibatnya bila Islam itu makin jauh dari diri dan bila Islam itu sendiri disisihkan oleh pengikutnya,maka saya rasa umpama bala menunggu kita semua ini.Ulama seagama sendiri di cemuh,dikhianati difitnah, malah perbuatan ini disifatkan sebagai lebih teruk pada zaman nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah satu ketika dahulu.

Lihat zaman Nabi S.A.W berdakwah pada manusia yang sebangsa dengannya untuk memeluk Islam itu pun di cemuh.Tetapi dua orang pemuda ini mengkhianati pemimpin Islam itu sendiri walaupun pemuda itu sendiri Islam malahan sebangsa lagi.Subhanallah...
Apa nak jadi Malaysia hari ini,demikianlah kita rakyat mahukan hukum hakam syariat Islam bersinar di bumi Malaysia ini bukan sahaja membawa keadilan pada manusia bahkan mampu membentuk sahsiah masyarakat kita ke arah kebaikkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...