Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Februari 2011

Keimanan lebih Utama daripada Kebajikan


(surah luqman:8)

Maksud:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka akan mendapat syurga- syurga yang penuh kenikmatan.

Dewasa kini kita melihat begitu ramai manusia berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikkan demi pangkat dan nama.Hakikatnya mereka tidak melihat kepada satu perkara di mana Allah S.W.T menjanjikan mereka dengan ganjaran yang lebih hebat iaitu syurga abadi.

Seperti firman Allah S.W.T di atas,jelas bahawa Allah S.W.T meletakkan ayat "orang-orang beriman" terlebih dahulu sebelum ayat "mengerjakan kebajikan".Jelas pada kita,sekiranya kita mempunyai keilmuan mahupun berbuat kebajikan setinggi gunung sekalipun tetapi hati ini tidak diletakkan kepada Allah S.W.T nescaya kita akan sesat.

Lihat pada hari ini terlalu ramai golongan yang berjaya,berjawatan tinggi,berkepimpinan dalam masyarakat tetapi berapa banyakkah mereka yang benar-benar beriman dengan kekuasaan Allah S.W.T??? 

Oleh itu muslimin muslimat,ingatlah Allah S.W.T tidak akan memandang kepada hambanya yang bermegah-megahan dengan kebajikan yang dilakukan tanpa beriman pada Allah S.W.T.Dan sedarlah Allah S.W.T lebih mengasihi akan hambanya yang membuat kebajikan walaupun dengan terukir senyuman pada insan lain tetapi dengan mempunyai keimanan itu lebih utama.

Kita lihat hari ini,manusia lebih memandang kepada orang yang membuat banyak kebajikan,tetapi menolak orang yang lebih beriman hatinya pada Allah S.W.T.Sedangkan ayat di atas Allah S.W.T telah mengutamakan orang yang beriman barulah orang yang berkebajikan.

Kita lihat apa lagi firman Allah S.W.T dalam surah luqman:

(surah luqman:9)

Maksud:Mereka kekal dalamnya,sebagai janji Allah yang benar.Dan dia Mahaperkasa Mahabijaksana.

Allah S.W.T berjanji lagi iaitu orang-orang yang beriman tadi akan dijanjikan dengan syurga yang kekal selamanya.Adakah kita manusia meragui janji Allah ini???Sedangkan umat terdahulu telah dijadikan contoh atas apa mereka lakukan.Dan demikian itu juga satu persatu cerita tentang hamba Allah di isikan di dalam al-quran sebagai bacaan kita juga pengajaran terhadap apa yang Allah S.W.T janji kepda mereka yang laknat.

Jadi mengapa hari ini kita lebih germar melakukan kebajikan tetapi tidak seiringan dengan beriman kepada Allah S.W.T,iaitu Tuhan yang telah mengurniakan rezeki kepada kita???Jadi biarlah kita ingin berkebajikan sekalipun tetapi janganlah lupa bahawa keimanan kepada Allah S.W.T itu lebih di utamakan.Dan ini juga adalah salah satu diantara wasiat Luqman al-hakim kepada anaknya.

                                                          "MARILAH BERAMAL"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...