Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 20 Mei 2011

Hiasilah Peribadimu Sebelum Ajal Menjemputmu 2

Dedikasi ini saya tujukan buat anda yang sudi berkongsi maklumat tentang apa jua kebaikan demi kemantapan dalam hidup kita beribadah dan melaksanakan perintah Allah.Biarlah kita menjadi insan yang sering membaca ,berkongsi ,bercerita ,mencari ,mendengar ilmu yang bermanfaat tentang kehidupan ini , dan janganlah kita umpama insan yang bongkak tentang kehebatan yang ada pada diri''

1-"Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam,(iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus"
-Surah at-Takwir : 27-28

2-"Kalau sekiranya kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.Dan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir"
-Surah al-Hasyr : 21

3-"Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong (takabur) daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, mereka akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"
-Surah al-Mukmin : 60

4-"Bahawasanya Allah S.W.T mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga"
-Hadis Riwayat Imam Bukhari

5-"Allah S.W.T mempunyai asma'ul husna (nama-nama yang indah) maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma'ul husna.
-Surah al-A'raf : 180

Demikianlah 5 perkara yang sempat saya kongsikan buat tatapan umum mudah-mudahan kita semua mendapat ilmu serba sedikit dan kongsikanlah perkara ini walaupun sebesar zarah,ianya juga tetap dikira beribadat disisi Allah ...

                  

                             "SAMAPAIKANLAH WALAUPUN SEPOTONG AYAT"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...