Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 3 April 2011

SWEET 17 (2009)

SALAM buat teman rakan sahabat yang di kasihi,untuk tahun ini genap sudah 2 tahun kita meninggalkan zaman persekolahan kita ..Di mana di situ kita menyemai ukhuwah tentang iman , akhlak ,ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat ,dan tidak lupa juga buat guru-guru yang tidak jemu dalam sampaikan ilmunya pada kita semua satu ketika dahulu ..Kini masih terbayang wajah yang tulus dari guru-guru S.M.I.P untuk anak didik mereka ...

Untukmu teman-teman di harap semuanya sihat belaka ..Teruskan segala usaha dan langkah ke arah cita-citamu dan biarlah ianya seiringan dengan iman yang kuat serta kecekalan dalam menempuh dugaan ..

Suka untuk saya ingatkan pada kawan-kawan tentang memory sepanjang 2009 di mana kita semua ditempatkan didalam sebuah kelas yang sama dan berkongsi guru yang sama ..Pelbagai perkara atau pengalaman yang kita telah lalui sepanjang tempoh itu ..
Apa anda ingat dgn gambar ini??

Kini sudah pun ke tahun 2011 di mana umur kita sudah mencapai 19tahun ..Owh rasa macam tak percaya ..
Begitu pantas untuk masa berputar ..Sedar-sedar ,sudah 2 tahun kita berpisah ...Namun masa itu mustahil untuk dikembalikan pada tahun 2009 ..Apa yang ada dalam ingatan cuma bayangan dan kenangan yang kekal berpanjangan ..

Owh ye ..Seronok bercerita ,,Selepas tempoh 2 tahun perpisahan ini saya juga masih mengikuti perkembangan kawan-kawan seangkatan kita ..Dan alhamdulillah semuanya masih meneruskan menuntut ilmu didalam bidang kepakaran masing-masing ...Ye ! memang benar ada antara kita ini memang berbeza IQ masing-masing,tetapi kita harus ingat tidak semua kebijaksanaan dan kepakaran yang ada pada kawan-kawan mampu untuk kita tandingi ...

Jelas sudah,kita semua berbeza dan ilmu kita masing-masing berbeza,,tetapi kenapa tidak untuk kita kongsi bersama-sama??

Saya dimaklumkan ada sahabat kita mengambil bidang pengajian enjen,elektrikal,chef,designer,syariah,guru,al-quran,perbankan islam DLL..
Jika di lihat masing-masing semua berbeza-beza pengajian,jadi dari sini kita akan mantapkan lagi ukhuwah dengan cara bertukar ilmu pengetahuan..Supaya kelak kita tidak hanya tertumpu dalam satu bidang sahaja...

Nie sebelum terbabas k..^_^
Wah penat sudah aku menaip ni ...mungkin setakat ini sahaja untuk diceritakan dalam KENANGAN PERTAMA...Insyallah KENANGAN KEDUA menyusul 2 minggu dari sekarang,dan blog ini akan menjadi laman untuk kita saling hubung-menghubungi ,berkongsi idea ,cadangan DLL....Moga anda semua terus dan terus dalam bidang masing ....


1 ulasan:

  1. terima kasih buat yg mengenali diriku ni ..
    salam ukhuwah dan perjuangan buat semua ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...