Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 14 Ogos 2012

PERUTUSAN SALAM LEBARAN

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar'walillahilham.... 

Salam lebaran buat semua ummat Islam terutamanya Malaysia, tidak lupa juga salam lebaran buat semua ummat Islam dunia lebih-lebih lagi kepada ummat Islam Syria, Rohingya, Palestin, dan seluruhnya moga berbahagia hendaknya di 1 Syawal bakal menjelma. Ramadhan hampir pergi meninggalkan kita semua, harap-harap tahun hadapan ketemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Moga Allah S.W.T memakbulkan permintaan setiap insan yang menginginkan dirinya bertemu kembali dengan Ramadhan depan.

Alhamdulillah perutusan ini saya sampaikan buat semua kenalan dan taulan, dari hati yang tulus mengucapkan "Salam Aidilfitri & Salam Kemenangan" kepada anda semua. Sesungguhnya marilah kita bersyukur dan bergembira dengan kejayaan menempuh Ramadhan dengan penuh kenikmatan dan serba sederhana kepada  Allah S.W.T, disebalik kesukaran Ramadhan itu Allah datangkan Syawal untuk kita semua bersuka-ria dengan kadar yang diperintahkan oleh Islam. 

Sudah menjadi adat orang Melayu saling bermaaf-maafan di pagi Syawal sebagai tanda menghapuskan dosa sesama manusia, namun perlu diambil kira menjadi ajaran Islam apabila kita melakukan kesalahan hendaklah bersegera meminta maaf kepada yang berhak memaafkan dan bukan hanya menunggu tiba hari raya sahaja, takut-takut kita akan terlambat pula untuk minta maaf disebabkan kematian si pemaaf atau kita sendiri lebih dulu pergi menghadap illahi. Selain itu, perlu diambil kira dengan dosa kita terhadap kelalaian  dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hamba, justeru memohon kemaafan kepada Allah ta'ala perlulah disegerakan bagi menjaga pula hubungan kita dengan sang pencipta.

Islam memerintahkan agar kita menziarahi saudara mara, jiran tetangga, serta rakan taulan bagi mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahaim, ambil lah peluang di hari lebaran ini untuk berkunjung-kunjungan supaya menampakkan persaudaraan dalam Islam itu sangat menguntungkan kedua belah pihak. Hakikatnya manusia ini sangat perlu kepada persaudaraan untuk membantu antara satu sama lain.

Kesimpulan, dalam kegembiraan kita jangan dilupa kepada saudara kita yang telah pergi meninggalkan dunia, rakamkan doa serta al-fatiha moga-moga Allah merahmati akan si mati, diingatkan juga dalam kita bergembira sudah pasti ada insan yang tidak mempunyai nasib seperti kita terutamanya ummat Islam di luar sana seperti Syria, Rohingya, Palestin, dan negara Islam lain, peperangan mereka itu menentukan kehidupan mereka kelak. Sebagai saudara seagama seummat dengan Muhammad S.A.W marilah kita mendoakan kejayaan dan keselamatan saudara-saudara kita yang sedang menanggung derita akibat dari penganiayaan manusia yang tidak bertamadun .

Akhir kalam, saya memohon keampunan pada Allah S.W.T diatas apa jua kesilapan masa lalu serta mohon maaf kepada kedua ibu bapa yang membesarkan ,sanak saudara yang dicintai, guru-guru yang mendidik, sahabat andai yang dikasihi, rakan-taulan yang disayangi, serta semua insan yang dikenali dan mengenali ...
Kesempatan ini saya ucapkan ''SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN" buat semua ummat Islam seluruh pelusuk dunia ! 

-badrulhisyamzahari-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...