Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 18 Disember 2011

INILAH KAWANKU "SI FULAN BIN SI FULAN"

Dingin malam ini tatkala mataku mengantuk sambil terkial-kial menaip kisah kali ini yang bertajuk Inilah Kawanku "Si Fulan Bin Si Fulan"..Lama menyepi kini aQ kembali dengan tajuk yang berbeza walaupun blog ku tak seindah warna pelangi..

Kisahnya bermula bila mana lahirnya seorang permata yang di tiupkan roh ke dalam jasadnya oleh Allah S.W.T di petang hari pada tanggal 11/01/1992 di Hospital Ta*****..Pada petang itu juga terlihat lah wajahnya yang suci umpama kain putih yang baharu..Kelahiranya satu khabar gembira terutama kepada pasangan suami isteri yang cukup sederhana kehidupannya..Tatkala itu juga, terdengar bisikan azan dilaungkan oleh ayahnya tanda syukur pada Allah S.W.T diatas pemberian seorang putera untuk jagaanya.

Kini 19 tahun berlalu, putera yang dilahirkan pada masa lalu tampak kemas dan bergaya keperibadiannya, mungkin berkat tunjuk ajar dari ibu bapa Si Fulan ini dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T yang membuatkan Si Fulan sehebat dengan usianya.Kini aQ diizinkan Allah untuk berteman dengan Si Fulan yang diciptakan oleh Allah S.W.T ini,ternyata gambaran awal semasa kelahirannya memberikan keyakinan pada aQ bahawa Si Fulan ini mempunyai kehebtan yang tidak mampu aQ miliki..Mahasuci Tuhan sekalian alam, semua teman yang berdamping dengannya terasa akan aura yang dimiliki.Ternyata teman-teman senang akan tingkah lakunya yang melambangkan sifat peribadi beliau..Kadangkala dirinya sahaja sudah mampu memberikan kegembiraan pada teman-teman yang mempunyai masalah,acapkali Si Fulan sering memberikan kegembiran pada teman-teman yang berdamping, tidak kira waktu mahupun tempat Si Fulan kelihatan "happy" sahaja sepangjang hari, mungkin inilah rahmat tuhan yang dapat diperolehi oleh Si Fulan Bin Si Fulan..

Perwatakan menarik itulah aset yang dikurniakan Allah S.W.T kepada Si Fulan Bin Si Fulan,disebabkan kurnian itu dia tidak pernah lupa terhadap jasa kedua orang tua nya yang telah melahirkan dan membesarkan Si Fulan sehingga ke hari ini..Cara dia bertutur sahaja aQ sudah mampu membuat andaian bahawa Si Fulan Bin Si Fulan sering mengingati kedua orang tuanya,bagaimana dengan kita?Dalam  perbualan hariannya sahaja sering kali terungkap perkataan "mak dan ayah aku",bertapa bangganya diriku menjadi salah seorang temannya..Si Fulan Bin Si Fulan ini ada tahap sabar dalam kelasnya tersendiri, bila mendapat sesuatu yang tidak memuaskan atau memiliki masalah Si Fulan akan mengambil langkah berdiam diri atau berkongsi dengan teman-temannya, itulah satu sifat yang wajar diikuti oleh teman-teman yang lain..

Hidup harianya tak "lekang" dari gurau senda yang menghiburkan,adakala aQ dan teman-teman letih untuk melayan perangainya, hakikatnya kami tau jika "sindrom" Si Fulan Bin Si Fulan tak datang mengacau kami sudah pasti rumah dan kelas yang didiami tak akan berseri-seri..Mungkin ini rahmat dari Allah S.W.T kerana menghadiahkan kami seorang insan yang kami kagumi..Seimbang dengan kehidupannya,kemahiranya dalam mempelajari sesuatu ilmu juga membuatkan pihak kawan dan lawan menjadi teruja akan kehandalannya dalam memiliki ilmu duniawi dan ukhrawi, sesuai dengan cita-citanya ingin menjadi seorang warga pendidik pada suatu hari.Oleh itu, sudah menjadi adat dalam duniawi kita sebagai teman mendoakan apa yang teman kita hajati.

Si Fulan Bin Si Fulan ini handalnya dalam organisasi kepimpinan,namun begitu acapkali merendah diri diatas kebolehan dan kepakaran yang dimiliki.Demikianlah kehidupan sederhana yang sering dibawa ke mana sahaja sepangjang hidup oleh Si Fulan Bin Si Fulan supaya teman-teman melihatnya sebagai seorang yang berwawasan dalam kehidupan.Sudah pasti jika Si Fulan Bin Si Fulan membaca artikel karangan aQ ini akan terdetik dalam hatinya yang berbunyi "ye ke aQ macam ni??aQ rase tak kot" suka ingin aQ ingatkan pada sesiapa sahaja yang membaca,hakikat kehidupan kita tidak nampak kelebihan yang kita miliki,namun itu semua pasti terlihat pada pandangan orang sekeliling..

Konklusinya, perjalanan Si Fulan Bin Si Fulan masih jauh penghujungnya berkat amalan pada Allah S.W.T sudah pasti hidupnya dibimbing oleh insan-insan yang telah dipertangungjawabkan untuk memimpin Si Fulan ke arah kejayaan..Sudah menjadi adat juga pertemuan dan perpisahan pasti terjadi, aQ disini sudah pasti mendoakan kejayaan Si Fulan Bin Si Fulan bersama teman-teman seperjuanganku supaya mencapai kehidupan yang diredai Allah S.W.T agar menjadi satu pohon yang diukir nama-nama mereka di Syurga kekal abadi .....

Moral Value :
1)Bersyukur pada Allah diatas apa sahaja anugerah yang diberikan.
2)Sentiasa mendoakan kesejahteran kedua ibu dan bapa.
3)Jadilah seperti resmi padi,yang makin berisi makin tunduk tidak bongkak dalam hidup.
4)Hidup perlukan satu matlamat yang tinggi untuk dicapai.
5)Jadikan diri kita ikon pada orang sekeliling.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...