Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 26 Mac 2011

Bagus sangatkah orang yang bernama POLIS???

Salam untuk semua pembaca yang di berkati,sudah lama saya tidak mengutuskan info yang terbaru dari blog ini..Untuk itu saya terpanggil untuk berkongsi pandangan serta pendapat berkenaan tajuk yang dikemukakan..

Malaysia memang tidak dapat dinafikan mempunyai pasukan Polis antara yang terbaik di dunia..Persoalannya disini sejauh manakah benarnya fakta ini..??Untuk itu saya kongsikan pandangan saya serta pandangan anda berkenaan topik yang dibincangkan.

Tidak dapat dinafikan lagi,Polis antara sumbangan besar dalam kemajuan Malaysia pada hari ini,sehingga mampu mencapai tahap yang maksimum dalam menjalankan tugas mereka.Kita juga berasa bangga dengan pencapaian setiap anggota Polis yang ditugaskan.Perkara ini sudah terbukti apabila kita melihat banyak kes-kes yang berprofil tinggi sudah mampu pihak Polis selesaikan dengan jayanya.

Namun apa yang cuba saya bincangkan adalah sejauh mana integriti Polis ini membanggakan kita??
Apakah anda merasakan Polis ini satu KETAKUTAN pada diri kita semua..??
Bagi saya ianya benar ,kerana saya melihat lebih ramai Polis yang berpakaian seragam lebih mahu diri mereka kita berikan sepenuh tanda rasa hormat,hakikatnya mereka menggunakan pakaian seragam mereka untuk menakut-nakutkan masyarakat...

Pekara ini bertambah jelas bila mereka mengikut arahan ketua secara membuta tuli tidak kira ianya buruk atau baik...Dalam kiraan saya terdapat setengah Polis akur akan arahan yang diberikan untuk menggelak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

Kita sedar masyarakat takut pada Polis atas kekuasaan yang mereka miliki.Demikian kita tidak mahu anggota Polis yang lemah iman serta jahil tentang akidah layak untuk sertai anggota pertubuhan yang kukuh itu.Kerana mereka takut ingin menyuarakan perkara yang benar kepada pihak atasan atas sebab mereka pegawai yang rendah.

Kita mahukan keadilan bukan sahaja pada masyarakat ,pemimpin ,belia ,mahupun remaja malah keadilan pada anggota Polis turut dititik beratkan.Saya percaya terdapat pihak Polis yang masih berani dalam segala kebenaran yang dilakukan serta menolak kemungkaran.Ini tidak bermaksud tunduk dan patuh pada pemimpin yang jahil...!!!

Teringat kembali zaman perjuangan Sultan al-Fateh dan Salahuddin al-Ayubi 
kedua-dua pemimpin ini menggunakan pendekatan yang cukup-cukup unik untuk memilih para tentera mahupun pegawai dalam menanggotai pasukan mereka.Mereka tidak menjadikan ketangkasan dalam berlawan,bermain senjata sebagai keutamaan syarat dalam sertai pasukan.Apa yang dilakukan sebaliknya seorang yang berjiwa hamba taat pada perintah Allah itu yang lebih utama..

Kesimpulannya,jika kita lihat hari ini berapa ramai pegawai anggota Polis yang  mempunyai ciri-ciri kekuatan seperti pasukan Al-Fateh dan Salahuddin??tepuk dada tanya sendiri...
hanya segelintir sahaja...Saya berani jamin sekiranya pasukan Polis Malaysia bertempur dengan pasukan Al-fateh mahupun Salahuddin,barangkali kekalahan untuk Polis Malaysia 100%...

Untuk itu anda yang lebih bijak dari saya ini fikirkan apakah Polis yang ada pada hari ini membuatkan kita bangga dengan mereka,ataupun kita menjadi sangat takut melihat mereka rakus guna kekuasaan semata-mata.Ini merupakan satu percambahan minda dari saya untuk anda,dan tidak bermaksud untuk memburukkan pasukan Polis,tetapi sekadar idea dan perkongsian seorang masyarakat untuk pegawai-pegawai mereka.

Sabtu, 12 Mac 2011

DUNIA IS OVER??

hari makin hari,malam berlalu segera siangnya,,siang berlalu cepat pula malam ny..
dunia makin rosak tanahnya,laut pula melimpahkan isinya yg sudh tidak mampu ditapung lagi..perut bumi memuntahkan isi yg dah lama disimpannya,manusia pula semakin tenggelam dgn kemewahan dan kebendaan....satu demi persatu berlaku..
wahai umat apkh ini tanda berakhir ny zmn dunia???

AYUH kalian beritahu padaku!,keluargamu!,guru2!,tmn2mu!,muslimin serta muslimat!,,apkh ini kesudhn dunia......?????

Tuhan yg Maha Mengetahui..dekatkn kami dibwh naungnMu,hampirkn kami dgn ibdh2 sunat,rapatkn kami dgn ibdh wajib!!supaya kami lebih bersedia kelak..

Sinari kami dgn nur iman,sinari kami dgn kebenaran,jauhi kami dgn kehancuran,jauhi kami dgn kezaliman....
ayuhal muslimin ittaqullah la kamu!!Janji Allah itu semakin menghampiri..

ADAKAH KITA BERSEDIA?
APAKAH KITA TIDAK TAKUT DGN JANJI ALLAH?
MENGAPA KITA DUSTA?
KENAPA KITA KHIANAT DGN AJARN ISLAM?
MUNGKINKAH KITA BODOH,JAHIL?
SEDANGKAN KITA SEHARUSNYA AMALKAN AJARAN ISLAM?

WAHAI NABI ALLAH....

INIKAH UMAT YG PALING BINASA?
TERANG-TERANGAN MAKSIATNYA!!
DOSANYA!!
ZALIMNYA!!
RIBA'NYA!!
DUSTANYA!!

bila di AMANAHKAN lalu KHIANAT!!
bila di pertangunggjawabkan lalu INGKAR!!
bial diNASIHATKAN lalu SOMBONG!!

Wahai nabi Allah Muhammad s.a.w...
apkh engkau sanggup menerima kami?
ummat yg seringkali LUPAKAN kau...
TETAPI kau sering ingat kami,berdoa utk kami ,agr ALLAH lindungi kami..

Ya Allah inikah tandanya engkau tunjuk pada org INGKAR suatu ketika dulu..???
Sehingga mereka nmpk kekuasaanMu TETAPI masih INGAKAR PERINTAH MU??
Sehinggalah kau menjemput mrk satu perstu utk di adili pd hari itu kelak?
Apakah peristiwa itu berulang lg pd hari ini..??

Setelah kau landakan keadilan di ngr2 Timur?
Setelah kau landakan gempa bumi d Australia?
Setelah kau landakan taufan d Calirfonia?
Setelah kau banjirkan yg teruk di kaw MAlaysia?
Setelah kau letuskan gunung berapi Indonesia?
DAN 
kau Limpahkn air laut yg kuat d Jepun?

Jika itu ...
ampuni aq ya Allah,ampuni ibu bapaku ,guru-guru ku,keluarga tercintaku,shbt2 seagamaku,tmn2 perjuangnku,
muslimin muslimat saudara2 ku...
ampuni kami,sebelum segalanya berakhir ya ALLAH...

Baki sisa hidup ini mati dan hidupku hanya utkmu ya Allah,dan kami tetap beriman dgnMu serta berimn dgn utusanMu Muhammad S.A.W....
Kembalikan kami ke jln bnr,berilah kami peluang menambhkn keimanan,kebaikn dan kekuatan..
Jauhkn kami dr kerja KHIANAT,PERMUSUHAN,HASAT DENGKI,MAKSIAT,KELALAIAN,MENGHALALKN YG HARAM DLL..

Limpahila kami hidayah dan rahmatMu,moga kami tergolong dlm org yg beriman....

"AMIN YA ROBBA'ALAMIN"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...