Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Februari 2011

Cuti Penat Setelah Tamat FINAL EXAM KU!!!

Salam semua dan salam satu Malaysia ceh wah..hai moga anda semua sihat bersama insan tercinta..Ingin saya coretkan bahawa saya telah tamat final exam yang sangat menggemparkan,mana tidaknya persiapan tu dah ada kata orang,cuma ad sedikit yang perlu di upgrade dlm diri sebelum start exam.Alhamdulillah selesai segalanya exam yang bermula pada 8/2/11 sehingga tamatnya exam dgn paper penutup al-quran pada 23/3/11.Kini aq dan kwn-kwn yang lain mendapat cuti rahat selama dua bulan,,wow!lama jugak tu...Banyak benda yang aq buat masa nk exam,bukan main sibuk aq dan kwn-kwn study,kononnya bersungguh-sungguh la..Kini semua keresahan untuk exam dah hilang,lega sgt bila paper semua dh tamat aq jwb,walaupun ad lah jugak rasa terkilan kerana gagal menyelesaikan beberapa soalan yang aq dah hafal.Nak buat mcm mana     "Melayu kan Mudah Lupa" rasa rugi lah.Akhir sekali belum terlambat rasenya nk ucap selamat bercuti buat kengkawan yang sedng bercuti,nikmatilah keindahan ciptaan Allah S.W.T dengan penuh rasa kasih sayang..Ampun dan maaf saya pohon dari kamu semua,andai kata ad salah terkasar bahasa,perbuatan DLL..
Halal kan mana yang kurang ,saya sedekah mana ilmu yang telah dikongsi bersama kamu semua..syukran

SALAH SATU PERANGAI ANAK MUDA ZAMAN SEKARANG

Tuan Guru dihina & diaibkan oleh UMNO & BN. Gambar ini diambil sewaktu penamaan calon Merlimau pada 26 Febuari 2011. Betapa kurang ajarnya para penyokong UMNO & Barisan Nasional sehingga menghina ulama', samalah dengan sikap pimpinan mereka, ulama' dihina dan dicaci. 

Salam sejahtera semua,moga muslimin dan muslimat kali ni sihat semuanya.Di sini saya nk kongsikan satu daripada sikap buruk yang tidak perlu dicontohi oleh mana-mana individu pun.Gambar ini diposkan di FB saya ,lihat lah sendiri muslimin dan muslimat,ulama itu satu daripada wasiat yang ditinggalkan nabi malahan ia juga hamba Allah yang terpilih untuk membawa kebenaran dalam Islam.

Hakikat hari ini saya lihat seolah-olah mereka ini ilmunya tinggi mengalahkan seorang ulama,sehingga sanggup mengaibkan gambar seorang ulama bukan sahaja di Malaysia malahan nusantara.Kita di sini ingin ingat memperingati supaya gejala seperti ini tidak seharusnya berlaku semasa berkempen pilihan raya kecil mahupun apa-apa bentuk program sekalipun.Lebih-legih lagi gambar ini dibawa oleh dua orang pemuda.

Ini akibatnya bila Islam itu makin jauh dari diri dan bila Islam itu sendiri disisihkan oleh pengikutnya,maka saya rasa umpama bala menunggu kita semua ini.Ulama seagama sendiri di cemuh,dikhianati difitnah, malah perbuatan ini disifatkan sebagai lebih teruk pada zaman nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah satu ketika dahulu.

Lihat zaman Nabi S.A.W berdakwah pada manusia yang sebangsa dengannya untuk memeluk Islam itu pun di cemuh.Tetapi dua orang pemuda ini mengkhianati pemimpin Islam itu sendiri walaupun pemuda itu sendiri Islam malahan sebangsa lagi.Subhanallah...
Apa nak jadi Malaysia hari ini,demikianlah kita rakyat mahukan hukum hakam syariat Islam bersinar di bumi Malaysia ini bukan sahaja membawa keadilan pada manusia bahkan mampu membentuk sahsiah masyarakat kita ke arah kebaikkan.


Keimanan lebih Utama daripada Kebajikan


(surah luqman:8)

Maksud:Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka akan mendapat syurga- syurga yang penuh kenikmatan.

Dewasa kini kita melihat begitu ramai manusia berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikkan demi pangkat dan nama.Hakikatnya mereka tidak melihat kepada satu perkara di mana Allah S.W.T menjanjikan mereka dengan ganjaran yang lebih hebat iaitu syurga abadi.

Seperti firman Allah S.W.T di atas,jelas bahawa Allah S.W.T meletakkan ayat "orang-orang beriman" terlebih dahulu sebelum ayat "mengerjakan kebajikan".Jelas pada kita,sekiranya kita mempunyai keilmuan mahupun berbuat kebajikan setinggi gunung sekalipun tetapi hati ini tidak diletakkan kepada Allah S.W.T nescaya kita akan sesat.

Lihat pada hari ini terlalu ramai golongan yang berjaya,berjawatan tinggi,berkepimpinan dalam masyarakat tetapi berapa banyakkah mereka yang benar-benar beriman dengan kekuasaan Allah S.W.T??? 

Oleh itu muslimin muslimat,ingatlah Allah S.W.T tidak akan memandang kepada hambanya yang bermegah-megahan dengan kebajikan yang dilakukan tanpa beriman pada Allah S.W.T.Dan sedarlah Allah S.W.T lebih mengasihi akan hambanya yang membuat kebajikan walaupun dengan terukir senyuman pada insan lain tetapi dengan mempunyai keimanan itu lebih utama.

Kita lihat hari ini,manusia lebih memandang kepada orang yang membuat banyak kebajikan,tetapi menolak orang yang lebih beriman hatinya pada Allah S.W.T.Sedangkan ayat di atas Allah S.W.T telah mengutamakan orang yang beriman barulah orang yang berkebajikan.

Kita lihat apa lagi firman Allah S.W.T dalam surah luqman:

(surah luqman:9)

Maksud:Mereka kekal dalamnya,sebagai janji Allah yang benar.Dan dia Mahaperkasa Mahabijaksana.

Allah S.W.T berjanji lagi iaitu orang-orang yang beriman tadi akan dijanjikan dengan syurga yang kekal selamanya.Adakah kita manusia meragui janji Allah ini???Sedangkan umat terdahulu telah dijadikan contoh atas apa mereka lakukan.Dan demikian itu juga satu persatu cerita tentang hamba Allah di isikan di dalam al-quran sebagai bacaan kita juga pengajaran terhadap apa yang Allah S.W.T janji kepda mereka yang laknat.

Jadi mengapa hari ini kita lebih germar melakukan kebajikan tetapi tidak seiringan dengan beriman kepada Allah S.W.T,iaitu Tuhan yang telah mengurniakan rezeki kepada kita???Jadi biarlah kita ingin berkebajikan sekalipun tetapi janganlah lupa bahawa keimanan kepada Allah S.W.T itu lebih di utamakan.Dan ini juga adalah salah satu diantara wasiat Luqman al-hakim kepada anaknya.

                                                          "MARILAH BERAMAL"

Jumaat, 25 Februari 2011

MACAM NI KE SEORANG WANITA??

Salam sejahtera semua,hari ni aq nk cerita atau kongsi sedikit kejadian pada jam 3pg td di Restoran Syed Bistro Serdang,aq ad di kedai bistro tu duduk ngn kwn2,saja bual-bual kosong lama tak jumpa orang kata..Nak tau knp tajuk aq at ats aq tlis "MACAM NI KE SEORANG WANITA??" aq rase la klu korang semua tgk pon rase nk penyepakkkk jee....Gila punya betina ,dah la lepak dgn jantan-jantan,paling aq terkejut tgk wow die balun isap rokok pulak,mana pergi maruah seorang wanita isap rokok di khalayak ramai..??tambahan lagi masih remaja bahkan HARAM!!!aq pun pelik la tgk,die buat slamber bapak die je sbuk isap rokok,kita lg pandang2 die,lg syok pulak die lyn asap rokok,,Aduh malu mak bapak klu dpt tahu anak pompan mcm ni punya perangai..
Eh kt sini aq nk ckp ckit orang lelaki klu isap rokok xd la aq nmpk mcm pelik,tp pompan klu dh isap rokok nmpk hodoh !!sorry la to say,,,aq kt sni bkn nk kte semua gurlz Malaysia xbgs,cuma ad segelintirnya sahaja yang perangai ..astragfirullahalnazim...ye la mungkin pompan tu isap rokok krn jahil tentg ilmu,mak ayah ad pon mungkin x amik berat tentg ap ank2 mrk buat kt luar,manakn tidaknya pukul 3,4 pg wanita keluar dgn jantan..??eh.... harap benda ni jadi pengajaran pada semua rakyat Malasysia..inikah slogan 1 Malaysia ??semua boleh buat...!!

JANGAN JADIKAN ANDA BEGINI
ROSAK AKIDAH KRN KURANGNYA ILMU


Rabu, 23 Februari 2011

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

  1. Tahajjud,kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
  2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia ,sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh kefahaman.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama waktu subuh.Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid ,kerana masjid merupakan pusat keberkahan.
  4. Jaga solat dhuha,kerana kunci rezaki terletak pada solat dhuha.
  5. Jaga sedekah setiap hari.Allah akan menyukai orang yang suka bersedekah walaupun dengan satu senyuman.
  6. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
  7. Amalkan istigfar setiap saat.Dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...